Pages

Monday, September 6, 2010

Berhari Raya Bersama Rasulullah- Bahagian Pertama








































Jiwa orang-orang beriman pastinya bergembira dan sangat berbangga mempunyai dengan ‘role-model’ serta panutan mereka yang paling utama,iaitulah baginda Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam.Para generasi terdahulu,terutamanya para sahabah radhiyallahu ‘anhu berlumba-lumba dalam mencontohi kekasih ummat nan seorang ini.


Akal yang sejahtera dan tunduk kepada nas,pastinya tidak akan mengingkari akan sempurnanya suatu ibadah yang dilakukan di bawah petunjuk baginda Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam.Bahkan,mencontohi baginda dalam ibadah,menjadi salah satu syarat diterimanya amal oleh Allah ‘Azza wa jalla.Baginda Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam bersabda:

Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami ini apa yang tidak (memiliki asal-usul) darinya maka ia tertolak ”(Muslim)

Mencontohi baginda juga merupakan manifestasi cinta yang hakiki seorang hamba kepada Allah.Firman Allah di dalam Surah Ali Imran,ayat ke 31:

“Katakanlah (wahai Muhammad) jika sekiranya kamu (benar-benar) mencintai Allah,maka ikutilah (sunnah) aku,nescaya Allah akan mencintai kamu”

Demikian juga,dalam kita bergembira dan berhari raya,janganlah sesekali kita menjadi alpa dan leka serta meninggalkan petunjuk-petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam.Marilah kita imbas berberapa sunnah Baginda dalam berhari raya.


Pertama,memperbanyakkan takbir.Firman Allah :

“…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Al Baqarah: 185)

Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar rumah menuju lapangan kemudian beliau bertakbir hingga tiba di lapangan. Beliau tetap bertakbir sampai sahalat selesai. Setelah menyelesaikan shalat, beliau menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf 5621)


Takbir hari raya Fitrah atau Hari Raya Puasa dilakukan pada bermula sejurus maghrib pada hari terakhir ramadhan,sehingga selesai solat hari raya.Kaum Muslimin dianjurkan untuk bertakbir dengan mengeraskan suara sepanjang menuju ke tempat solat hari raya.Berikut dinukilkan perilaku sahabat dalam bertakbir pada hari raya:

Dari Nafi: “Dulu Ibn Umar bertakbir pada hari id (ketika keluar rumah) sampai beliau tiba di lapangan. Beliau tetap melanjutkan takbir hingga imam datang.” (HR. Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)

Dari Muhammad bin Ibrahim (seorang tabi’in), beliau mengatakan: “Dulu Abu Qotadah berangkat menuju lapangan pada hari raya kemudian bertakbir. Beliau terus bertakbir sampai tiba di lapangan.” (Al Faryabi dalam Ahkam al Idain)


Kedua,mandi pada pagi hari raya.Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwatta’ beliau:

Dari Malik dari Nafi’, ia berkata “Bahwa Abdullah bin Umar dahulu mandi pada hari Idul Fitri sebelum pergi ke mushalla (lapangan).”


Ketiga,bersarapan dengan tamar.Adalah menjadi kebiasaan Rasulullah Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam pada Hari Raya Fitrah (Aidilfitri),baginda akan memakan berberapa biji tamar sebelum keluar menunaikan solat eid. Diriwayatkan dari Imam Al-Bukhari dalam Sahihnya:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” -,(Nombor Hadith: 953.)


Mengenai hikmah perbuatan Nabi itu, Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani Rahimahullah menjelaskan di dalam Fathul Bari,Syarah kepada Shahih Al-Bukhari: "Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini."

(Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.)


Keempat,memakai wangi-wangian dan pakaian yang bagus.

“Dari Musa bin ‘Uqbah, dari Nafi’ bahwa Ibnu ‘Umar mandi dan memakai wangi-wangian di hari ‘Eidul fitri.”(Riwayat Al-Firyabi dan Abdurrazzaq) Al-Baghawi berkata: “Disunnahkan untuk mandi di hari Id. Diriwayatkan dari Ali bahwa beliau mandi di hari Eid, demikian pula yang sejenis itu dari Ibnu Umar dan Salamah bin Akwa’ dan agar memakai pakaian yang paling bagus yang dia dapati serta agar memakai wangi-wangian.” (Syarhus Sunnah, 4/303)

































Dari Abdullah bin Umar bahwa Umar mengambil sebuah jubah dari sutera yang dijual di pasar maka dia bawa kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, lalu Umar radhiallahu 'anhu berkata: “Wahai Rasulullah, belilah ini dan berhiaslah dengan pakaian ini untuk hari raya dan menyambut utusan-utusan.” Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pun berkata: “Ini adalah pakaian orang yang tidak akan dapat bagian (di akhirat)….”(Sahih, Hadith Riwayat Al-Bukhari Kitabul Jum’ah Bab Fil ‘Idain wat Tajammul fihi dan Muslim Kitab Libas Waz Zinah) Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata: “Hadits ini menunjukkan disyariatkannya berhias untuk hari raya dan bahwa ini perkara yang biasa di antara mereka.” (Fathul Bari)


Namun perlu diberi perhatian akan dua perkara,iaitu:

  1. Pakaian yang bagus tidak semestinya mahal atau baru.Asal sahaja ia cantik dan kemas maka pakailah.Jangan sampai membazir.
  2. Wanita tidak digalakkan berwangi-wangian,kerana ini mengundang kepada fitnah.Bahkan hukumnya haram jika wangian itu sampai dapat dihidu oleh lelaki ajnabiyyah dan menyebabkan mereka terangsang syahwatnya.







No comments:

Post a Comment